Monday, May 19, 2008

tamanku yang serabut

ini salah satu hobi aku ler.. gardening.. kalu boleh semua nak ditanamnya.. tapi duk kat apartment.. balkoni tu gak jadi mangsa aku... aku dah tak tau nak susun camne.. serabut je.. nak buang sayang.. kalu takde tanaman rasa macam tak lengkap pulak hidup aku ni...

aku ni ... pokok cili pun aku tanam... datangkan hasil beb... sekarang ni aku tak payah beli cili padi lagi.. dah ada sendiri punya.. tak abis makan pun
...pedas menyengat.



Ini hasilnya.. pedas dan menyengat.. nak try

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Kepada semua kekawan yang menjadi guru... " Selamat Hari Guru ". jadi guru baik2 tau..

Kepada cikgu2, guru2, ustaz2 dan ustazah2 yang ku rindui... jasa mu takkan ku lupai. Terima Kasih Cikgu..

Tuesday, May 13, 2008

Penat dan bengang

semalam separuh hari bagi taklimat kat bebudak lantikan baru... penatnya dahlah sebelum tu sehari suntuk duk prepare bahan maklumat. aku ni nasib baik betul dapat anak2 buah yang baik dan sporting giler... tapi aku duk bengang kat seorang KPP ni... hiii sakitnya hati.. last2 minit dia komen itu komen ini.. tak setujulah macam2 kerenah.. sebelum tu bisu pulak.. suka sangat last minit suruh ubah.. padahal sebelum itu dah meeting dan semak.. tak cakap pulak....

hari ini aku masih duk bersiapkan dokumen untuk mesyuarat esok pagi... komen lagi dah last finishing.. nak tunggu binding je... suruh baiki ini baiki itu... ya Allah, apa guna mesyuarat persediaan kalu dia cakap... ngek betul.. aku ni dah bengang tahap gaban... kutuk boss sendiri... nasib le.. sapa suruh ko dera aku memanjang.. ko je le yang betul yer

Saturday, May 10, 2008

member online

korang percaya ke tidak pada seseorang yang dikenali melalui chatting???? dalam chatting ni tidak semuanya boleh dipercayai tapi ada juga yang jenis berterus terang. Dan aku temui dia... biarlah dia ku panggil H saja di sini. aku tidak pernah memberi no. hp pada member online ini tapi pada dia aku beri saja tanpa banyak soal kerana aku ni jenis percaya pada sense of instinct aku sendiri. Sejak itu kami banyak berborak dalam talian hp saja tidak lagi chatting. Jangan silap sangka, kami hanya kawan berborak, H ni baru berumur 27 tahun, Chinese Muslim. Daripada dia aku banyak pelajari banyak benda..H juga menjadi penyelamat aku time aku separuh gila meraung kerana kehilangan orang tersayang. Dia datang tempat pada masanya dan membuatkan aku berhenti menangis... H... thanks a lots.

Next time aku akan cerita kenapa aku menangis separuh gila.. dan aku akan upload gambar H untuk korang... nanti..

Thursday, May 8, 2008

Rupa-rupanya

semalam kan aku cakap aku sedih coz bf merajuk.. langsung tak call or sms.. rupa2nya pergi offshore tapi x cakap.. semalam baru call... hampeh btol

Wednesday, May 7, 2008

Hadiah Hari Ibu... mana satu pilihan kamu?

Hari ibu ini, hadiahkan dan manjakan ibu dengan kasihsayang anda seperti yang diterima daripadanya seumur hidup. Boleh tak buat?..

Untuk hadiah pulak...
1) Selalu mendoakan ibu walau berada dimana jua. Ibu pasti merasai kasihsayang kita daripada doa itu
2) Kad ucapan dengan kata2 yang lahir dari hati (aku tau mesti ada yang susah nak cakap direct depan ibukan.. guna kad dari senang) Lagi bagus kalau buat sendiri
3)Ciuman dan pelukan erat penuh kasih sayang(yang berjauhan itu kenalah balik kampung)
4)Buat panggilan telefon kepada ibu (terutama seperti kita ni yang duduk berjauhan dengan ibu)
5)Masakan special untuk ibu (rekacipta lah resepi apapun dan kepada mereka yang jarang masak.. resepi biasa pun takpa, mesti ibu hargai)
6)hadiah (barang kemas ke, beg tangan ke, kain pasang ke.. apa2 je la ikut kemampuan diri)


Buat Ibu... Selamat Hari Ibu

SAYANGILAH IBU SEPANJANG HAYAT..

Buat semua kawanku…

Tidak kira apa status kita, kita tetap anak kepada seorang ibu…9 bulan 10 hari dalam kandungan, bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan anak, pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Apa yang diharapkan hanyalah kasihsayang dan kehadiran anak disisi.

Kepada kawanku....

Yang masih punyai ibu disisi, hargailah mereka selagi ada. Walaupun jauh beribu batu, terlalu sibuk dengan kerja, ingatlah kepada mak, ibu, mama atau umi, walaupun dengan hanya satu panggilan telefon. Mendengar suara anaknya sudah cukup mengubat rindu kepada anak yang pernah dikendong, didodoi satu ketika dahulu…Ingatlahlah restu ibu itu satu nikmat, doa ibu itu satu hikmat dan kata-katanya satu azimat.

Kepada yang telah kehilangan ibu... panjatkanlah doa buat ibu kita yang terlebih dahulu menemuiNYA.

Semua orang mempunyai kisah suka dan duka bersama ibu. Sayangilah dan hargailah kasihsayang dan pengorbanan ibu selagi ada hayatnya supaya tidak menyimpan rasa kesal di kemudian hari.Selagi ada hayatnya ibu, berusahalah memahami dan membahagiakan ibu...

Ibu.. kalimat yang cukup bermakna dalam hidup kita semua.. kasih sayangnya tidak pernah luntur walaupun pelbagai rintangan melanda. Jauh dirindui, bila dekat tidak boleh bertentang mata dan ada saja yang tidak kena, bertekak siang malam, satu katanya sepuluh yang dijawab dan pendapat tidak pernah serupa....Bila berjauhan, ibulah yang pertama yang akan dihubungi, terasa rindu yang teramat, leteran menjadi menjadi halwa telinga, malahan air tangannya menjadi igauan terutama buat mereka yang sentiasa menjamu di gerai.

Apabila dewasa, mendirikan rumahtangga dan punyai anak sendiri, barulah kita memahami setiap pengorbanan ibu yang tiada tolak bandingnya… Di Hari Ibu ini, hadiahkan dan manjakan ibu dengan kasihsayang anda seperti yang diterima daripadanya seumur hidup.

Selamat Hari Ibu.... 8 Mei 2008.

kawanmu... aniruzaireen

pujuk hati sendiri

aku sedih dan lonely sangat hari ini. my bf merajuk pulak semalam... penatlah asyik nak kena pujuk je.. cuma bimbang aku kecewa dan mengecewakan dia je... itupun boleh jadi point. Dibiarkan aku sendirian tanpa call dan sms. nak buat keje pun tak senang.. asyik pikirkan dia je.. call x terangkat, sms tak terbalas..Tuhan saje yang tau betapa sedih dan kecewa aku hari ini...
Aku pujuk hati aku sendiri dengan beranggapan kredit dah abis, tertinggal phone kat rumah atau dah abis bateri...tetapi takkan tak boleh guna telefon opis... x ingat no kot. Entah ler... nak nangis ni... uwaaaaaaaaa
Tolonglah aku...uwaaa

kahwin

Semalam my dad call... tanya bila aku nak balik kampung..nak discussion. rupa2nya adik lelakiku nak kahwin... bakal terima adik ipar lagi le aku ni... bila ada majlis kahwin.. ada yang kena sponsor... kopak lagi aku... baru g survey location rumah...mahu tertangguh niat nak beli rumah ni...
my dad ambik peluang bising kat aku pulak... sibok tanya giliran aku. lepas sorang sorang tapi anak sulungnya entah bila.. entahlah ayah oii. anakmu ini masih terumbang ambing lagi...my dad aku ni sibuk sikit bab anaknya kahwin berbanding dengan my mum.. apa2 semua dia nak tau mesti melalui orang tengah kalu tak my dad mesti adik bongsuku yang pok pek mengalahkan murai..
kalu ada jodoh kahwin juga anak mu ni ayah...sabar menanti yup

Tuesday, May 6, 2008

Niat terbantut

Alamak.. tiba2 ada staff dari Selangor datang bwk kek untuk KPP kitaorang... rupanya birthday cake.. teruknya aku dan staff aku pun tak ingat KPP punya birthday dah lepas 4 hari... staff selangor puler yang ingat... malunya.... tapi seperti biasa ler yang menghabiskan aku and the gang ler

...terbantut niat aku nak kurangkan gula dalam badan... he he... takpa esok start ler...

turun berat badan

Pagi tadi ada ceramah kesihatan dan boleh uji BMI terus... apa lagi aku ajak le opismate pg dengar. dengar tu malas le sikit tapi yang penting nak buat ujian tu.. he he. Nasib baik penceramahnya okey tak ngantuk ler.

Alamak.. kena turun 9 kg dari berat badan sekarang.. hik! hik! jenuh ler.. nampak gaya aku kena teruskan hasrat aku pergi gym lepas keje. glukos pun dah hampir mencapai tahap risiko... bahaya ni... diabetes boleh datang ni. aku kena tobat segera..

my staffs

pada peringkat awal ni aku lebih suka cerita pasal berkaitan keje.. harap korang semua tak jelek le kat aku ni... aku tengah pening.. kat sini ada 3 kosong pegawai tapi tak terisi.. last2 aku kena tanggung 2 tugas baru plus aku punya tugas dah pegang 3 portfolio. tamak kuasa aku ni rupanya.. memang tak menang tangan kepala pun pening...

tapi aku bersyukur sangat... walaupun macam tu, aku ada staff yang sangat baik dan dengar kata. aku bukanlah straight sangat tapi kami jadikan suasana opis seperti sebuah keluarga, saling membantu dan bekerjasama. Antara Boss, pegawai dan staff boleh bergurau senda dan menjadikan suasana keje lebih harmoni. Walaupun kadangkala anda antara kami panasnya sampai ke kepala..

aku sayang sangat kat staff aku ni walaupun ada yang dah bertukar ke tempat lain.. jasa dan bantuanmu amat ku hargai.10Q

my work station

Btk bilik 4 segi sama... ada sofa kuning dengan coffee table yang penuh dengan newsweek magazine... itu utk tetamu je. ruangan kerja btk U dengan fail2 bersepah. Clear je meja ada je fail2 baru masuk... bila lah nak kemas. kalu org tengok boleh buat anggapan aku ni pemalas orangnya.



My work station ni sejuknya mak oi.... macam dalam peti ais dan bunyi aircond macam kipas kapal terbang.. kesian kat blazer & shawl yang setia membalut aku. ada satu rak.. tapi aku guna utk peribadi he he letak pokok dan hadiah-hadiah kecil officemate....



Bilik aku sebelah bilik boss... boss aku ni sukahati dia je ketuk dinding.. bukannya nak guna telefon.. bila dia ketuk tu maknenya aku kena masuk bila dia le.. macam style lama2...

pagi2 dah kena kacau

Pagi2 lagi bigboss dah kacau... buat discussion... selalu sangat ada agenda tak masuk diari. pening aku...x makan lagi ni... perut dah keroncong....... lastly habis miting kul 1. nasib baik PA Boss dah tempah makan thari... he he x perlulah aku berlari ke cafeteria.... makan nasik ayam lagi..

Masa discussion sempat lagi aku tangkap gambar boss.. he he maklumlah dia dah nak pencen. saje nak hilangkan tension... discuss discuss jugak.. main2 gak.. nasib baik boss aku ni ok.. asalkan keje jalan...

1st time

hari ini aku boring sikit... maybe monday blues... dah habis waktu keje... tiba2 terfikir nak create blog... dah lama teringin tapi asyik tertangguh sampai hari ini... terkial-kial juga almaklumlah aku ni bukannya pandai IT.... aku try jugak. camne ok tak d 1st time masih belajar..



ok.. c u next time