Friday, September 12, 2008

Dulu Cecilia kini Alya Amani


Sahabatku cuyek

walaupun lambat aku tau dan ko pun tidak beritahu... namun tahniah diucapkan dan ku doakan pengislaman ini menjadikan cuyek seorang muslimah sejati. Apa-apa hal aku sedia membantu setakat termampu..

Apa-apapun aku tetap Nang dan ko tetap cuyek... cayukk...

aku x de gambar baru ko.... yang bertudung... nanti aku snap yup

sambungan entry sebelum ini

Lupa nak cakap... gara-gara accident tu aku berbuka kat Balai Polis Kajang... Terima kasih le kat 2 org sarjan yang bertugas time tu... berbuka dengan asam gambir dan biskut iko... hik!hik!hik!

MINGGU YANG MALANG

aku dah patah kaki.... kete takde...mmmm

11 September 2008 jam 5.50pm aku accident kat lebuhraya Kajang Silk... bengangnye... aku telah dilanggar oleh Nissan Serena dari arah belakang... Kejadiannya aku brek mengejut kerana Merc kat depan brek mengejut gak.. aku berjaya tidak mencium Merc tersebut tetapi Atos aku telah dicabul mmmm sedihnya... Nasib baik kerosakan tidak teruk sangat hanya bumper dan alarm rosak tetapi bonet tidak boleh ditutup rapat... x tau le berapa nilai kerosakannya... nasib baik claim kat insuran serena hehehe selamat kalu tidak kompak aku..



Dahlah sehari itu, aku terpaksa tukar tayar walaupun tayar masih baru dek kerana seekor kucing aku terlanggar pembahagi jalan.. berlubang tayar... boleh masuk 1 jari..

he he malangnya minggu ini...
nampaknya hujung minggu ini aku menghabiskan masa di rumah aje.. lepak.. aah bosannya...


mmmmmmm

Friday, September 5, 2008

Inilah Anak Rimau ku..


Buat cuyek & kekawan yang tertanya-tanya dan ingin kenal anak rimau... ini dia anak rimau kesayanganku.

Sayang jangan marah ye... papar gambar syg kat sini.. diorang semua nak kenal.

Wednesday, September 3, 2008

belum terlambat lagi

hari dah hari ke 3 berpuasa.... aku harap aku tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua....

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa..

he he jangan lupa sahur.... sunat tau.. dan jangan lupa berterawih...

Maaf semua yer.. di bulan ramadhan almubarak ini

Sayang.. aku tidak keliru lagi

Sayangku anak rimau...

Jika kau bertanya adakah aku masih keliru...
Ini jawapannya...
Aku tidak keliru lagi...
terima kasih kerana hadir dalam hidup ku. Sungguh aku tak sangka kau hadir membawa kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun aku tak tau ke mana penghujung noktah ini, namun sebelum titik itu tertanda dan masanya tiba... sama-sama kita hargai masa yang ada...
Sungguh... aku tak tau nak luahkan perasaan ini, perasaan yang semakin hari semakin kuat mencengkam jiwa dan hati... terima kasih kerana sentiasa disisi aku dan membuat aku sentiasa bahagia.... terima kasih kerana menyayangi aku... i luv u too....