Saturday, March 19, 2011

inilah sahabat sejati

ni sebenarnya sambungan entri sebelum ini..

disebalik bertuahnya saya lulus dalam temuduga ptd itu.. ade cerita disebaliknya..

iaitu seorang sahabat yg juga seorg yg istimewa dlm hidup ini ...

jika sebelum ini saya selalu ke tempat temuduga seorang diri tapi kali ini saya ditemani dia walaupun saya melarang kerana dia terpaksa tinggalkan kerjanya.. tapi dia berkeras untuk menemani sehingga habis temuduga... apatah lagi saya mendapat giliran no 2 terakhir bukan no. 2 terawal sehingga jam 2.00pm baru saya selesai temuduga..

sepanjang tempoh itu, dia memberi peransang, semangat dan dorongan yang tidak terhingga dan berdoa untuk saya agar saya berjaya dalam temuduga tersebut..

sehingga kaki melangkah ke bilik temuduga, dia masih memberi dorongan.... memegang tangan dan menyuruh membaca alfatihah sepanjang perjalanan ke bilik temuduga itu... arahannya saya turuti.. dan rasa begitu lega kerana dengan dia disamping... saya hilang perasaan gemuruh, gementar dan takut yang sering saya hadapi sebelum ini....

dan saya merasakan dia adalah faktor utama kejayaan saya selain dimakbulkan Allah...

saya berasa sangat terharu dan gembira dia disamping saya...terima kasih sentiasa menjadi pendamping yang setia... i luv u so much..

Friday, March 18, 2011

2011... tahun yang bertuah

2011..

tahun ni aku memang mempunyai harapan yang tinggi mengunung seperti tahun-tahun sebelum ini... mempunyai jawatan dan kerja yang tetap... telah 8 tahun aku mengabdikan diri aku sebagai seorang ptd kontrak... sehingga aku sendiri tak sedar bahawa aku sebenarnya berstatus kontrak.. namun aku tak kecewa dan melaksanakan amanah yang diberi ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah..aku berharap satu hari status kontrak aku bertukar kpd tetap...

sehingga aku hampir putus asa dengan kegagalan aku setiap kali temuduga.. aku telah lulus semua peringkat dari exam hingga PAC beberapa kali...namun hampir2 aku kecundang mengharapkan sinar tersebut aku dipanggil temuduga lagi pada 4 jan 2011 dan aku berdoa semoga interview ini adalah terakhir buat aku....

sejak itu.. aku beberapa kali bermimpi kejayaan dan kegagalan dalam temuduga tersebut sehingga aku takut untuk melihat result sebenar... takut kerana jika aku gagal aku kena bermula dari awal semula iaitu exam...oohh penatnyer!!!! dan kontrak aku juga maybe akan ditamatkan november ini... aku berdebar2 menanti saat itu...

akhirnya... Alhamdullillah... Ya Allah Kau makbulkan impian hamba mu ini...
8 Mac 2011... perkataan TAHNIAH! Anda berjaya dalam temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 tertera di portal SPA betul-betul membuatkan aku terkesima dan seolah-olah tidak percaya... sekarang aku hanya perlu menunggu hitam putih surat daripada SPA... YA Allah... harap-harap keputusan ini tidak akan berubah... aminn

aku tak kisah... walaupun setelah 8 tahun berkhidmat.. spt kata boss aku... sudah sepatutnya aku menjawat gred M52 tetapi kurniaan ini sudah cukup besar buat aku... alhamdullillah..

cucu baru keluarga pak lias

salam..

si kenit ini namanyer nur syifaa hanania... anak sulung adik bongsu aku.... rase2nyer umur dah 4 bulan...

semakin bertambah cucu-cucu en.alias & pn. hasnah nampaknyer... ini cucu ke 5... tak lama lagi bertambah lg seorang cucu.. adik aku, ruzita juga bakal menimbang cahaya mata ke 2...

nampaknyer semakin riuh dan pening lah tokki dan tok melayan cucu2 yg semakin membesar n semakin nakal/manja.

setelah lama menyepi

salam...

rasanya sudah lama blog ini tidak dijenguk... dah masuk tahun 2011.. sekarang dah pertengahan Mac... sepanjang itu bermacam2 perkara telah berlaku dalam hidup ini.... banyak yang nak dicerita tapi tidak dalam entri ini.. entri ini sekadar menjenguk... dan kesempatan ini aku sekadar ubah background dan delete pics yg tak perlu rasanya..