Friday, March 18, 2011

2011... tahun yang bertuah

2011..

tahun ni aku memang mempunyai harapan yang tinggi mengunung seperti tahun-tahun sebelum ini... mempunyai jawatan dan kerja yang tetap... telah 8 tahun aku mengabdikan diri aku sebagai seorang ptd kontrak... sehingga aku sendiri tak sedar bahawa aku sebenarnya berstatus kontrak.. namun aku tak kecewa dan melaksanakan amanah yang diberi ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah..aku berharap satu hari status kontrak aku bertukar kpd tetap...

sehingga aku hampir putus asa dengan kegagalan aku setiap kali temuduga.. aku telah lulus semua peringkat dari exam hingga PAC beberapa kali...namun hampir2 aku kecundang mengharapkan sinar tersebut aku dipanggil temuduga lagi pada 4 jan 2011 dan aku berdoa semoga interview ini adalah terakhir buat aku....

sejak itu.. aku beberapa kali bermimpi kejayaan dan kegagalan dalam temuduga tersebut sehingga aku takut untuk melihat result sebenar... takut kerana jika aku gagal aku kena bermula dari awal semula iaitu exam...oohh penatnyer!!!! dan kontrak aku juga maybe akan ditamatkan november ini... aku berdebar2 menanti saat itu...

akhirnya... Alhamdullillah... Ya Allah Kau makbulkan impian hamba mu ini...
8 Mac 2011... perkataan TAHNIAH! Anda berjaya dalam temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 tertera di portal SPA betul-betul membuatkan aku terkesima dan seolah-olah tidak percaya... sekarang aku hanya perlu menunggu hitam putih surat daripada SPA... YA Allah... harap-harap keputusan ini tidak akan berubah... aminn

aku tak kisah... walaupun setelah 8 tahun berkhidmat.. spt kata boss aku... sudah sepatutnya aku menjawat gred M52 tetapi kurniaan ini sudah cukup besar buat aku... alhamdullillah..

No comments: