Thursday, November 20, 2008

hanya ingatan yang diminta..

Seorang ibu hanya memerlukan ingatan dari seorang anaknya....
Cukup mendengar suara ditelefon bertanyakan khabar membuatkan hati ibu melonjak kegembiraan..
Bukan emas permata... bukan hadiah yang mahal-mahal...
hanya secubit ingatan saja merupakan hadiah yang paling berharga buat si ibu..

Aduss... bila difikirkan balik.. hanya sekali saja aku telefon ke rumah sejak balik raya baru-baru ini...dek kesibukan masa.. langsung aku terlupa seorang ibu yang sedang merindui anaknya ini...

maafkan aku mak... rasa menyesal sangat2.... aku gagal menjadi seorang anak yang baik..... huk!huk!...

Wednesday, November 19, 2008

Pelangi Petang di Putrajaya





22 Oktober 2008... (time balik kerja)

Buat pertama kalinya sepanjang aku di bekerja di Putrajaya melihat pelangi yang indah sekali... besar dan membulat....

Tapi disebabkan hujan renyai-renyai aku tak boleh berhentikan kereta dan mengambil gambar pelangi tersebut dengan cantik tetapi dari dalam kereta saje...

Dan ini pelangi tersebut... cantikan???

Sepetang di Pangkalan Balak Melaka





Kat tepi pantai pangkalan balak Melaka...

tunggu sunset...
akhirnya..... ini hasilnya

Aktiviti sama d 2 tempat berbeza... 2nd Place






Hari Ahad... (16 Nov 2008)

Tiada apa2 aktiviti... just nak beli barang dapur kat tesco kajang...abis shopping singgah kat ikan spa lagi... mula2 nak survey harga sama tak dengan JJ Taman Equine.. kat JJ reganya RM5.00 untuk 10 minit, kat tesco reganya RM15.00 untuk 30 minit.... samalah tu reganya....

Sekali lagi aku menghulurkan kaki... geli jugak... hahaha... tahan jele....

bagusnya ikan spa ni... ikan ni akan memakan semua sel-sel kulit mati di kaki kita... bila ikan ni pening maybe makan banyak toksin dia akan mengambil oksigen di permukaan... ikan ni juga cepat mati... mengikut cakap penjual tu le... x tau le aku betul ke tak...

Aktiviti sama d 2 tempat berbeza... 1st place







Ist time..... (5 Nov 2008)...

Aritu aku cuti, aku pg ke JJ Taman Equine dgn my partner...... dah puas melilau cari barang tak jumpa.... perut pun dah diisi dan kenyang... balik je le... tup-tup singgah tengok ikan spa... mula2 malas nak try tapi tup2 aku hulur kaki dalam kolam ikan itu... mak oi... gelinya sampai nak menjerit... macam digeletek kaki aku... bayangkan kaki korang digeletek.. macam tu le...

So apa lagi my partner jadi mangsa tangan aku.. padan muka... sakit kena pegang kuat.... tapi dia ajak borak supaya rasa geli hilang padahal muka dia sendiri berkerut2 tahan geli... hehehe sekejap nya lepas tu ok le... rasa seronok pula bila ikan mengigit-gigit kaki.

banyak toksin rupa aku ni... berlumba2 ikan nak mengigit... nasib le ko ikan...

BB... ahli keluarga baru













BB .... menjadi ahli keluarga baru aku selepas raya aidilfitri baru-baru ini...
ia adalah pemberian cousin aku si hazwani...

gelagatnya menghiburkan dan menjadi teman untuk berborak....
perangainya juga pelik sedikit berbanding dengan teman sejenisnya...
tetapi selalu buat aku tergelak besar bila BB menunjukkan aksi-aksinya...

Tuesday, November 18, 2008

apa nak cerita ye...



Wah..... lama sungguh tak menjenguk di sini..... banyak benda nak diceritakan tapi tidak ada kesempatan untuk dicoretkan.... menjenguk laman kekawan... rupanya banyak aku ketinggalan... aku kan cuba luangkan sedikit masa disini nanti......